PB21 Perumpamaan tentang Biji Sawi

Minggu 21      Perumpamaan tentang Biji Sawi

Matius 13 : 31 – 32

Yesus menceritakan sebuah perumpamaan lain kepada mereka, “Apabila Allah memerintah, keadaannya seperti sebutir biji sawi yang diambil oleh seseorang lalu ditanam di ladang. Biji sawi adalah benih yang terkecil, tetapi apabila tumbuh ia menjadi lebih besar daripada segala tanaman, sehingga burung datang membuat sarang pada cabangnya.

 

Aktiviti

Tunjukkan adik-adik beberapa biji sawi (atau apa-apa biji yang kecil). Beritahu mereka apabila biji ini tumbuh kelak, ia akan menjadi pokok yang sangat besar sehinggakan burung-burung membuat sarang atas pokok ini. Demikianlah pemerintahan Allah yang meluas sehingga menjadi sangat-sangat besar. Cetakkan gambar yang berikut dan bantu adik-adik melukis dan mewarnakan daun-daun pada pokok yang sudah besar. Mereka juga boleh melukis sarang burung pada dahan-dahan pokok.

pb18