PB22 Yesus Berjalan di atas Air

Minggu 22   Yesus berjalan di atas Air

Matius 14 : 25 – 32

Pada suatu hari pengikut-pengikut Yesus berlayar dalam perahu dan Yesus berjalan atas air menuju ke arah perahu mereka. Apabila pengikut-pengikut Yesus ternampakNya mereka takut kerana ingat ternampak hantu. Yesus menenangkan mereka dan Petrus berkata yang dia juga ingin berjalan atas air. Setelah Yesus menjemputnya datang Petrus meninggalkan perahu lalu berjalan atas air ke arah Yesus. Tetapi apabila dia ternampak angin yang kencang dia menjadi takut lalu mula tenggelam. Dia menjerit kepada Yesus supaya menyelamatkannya dan dengan segera Yesus menghulurkan tanganNya lalu menangkap Petrus. Yesus kemudian menanyakan Petrus mengapa dia kurang percaya kepadaNya.

 

Aktiviti

Beritahu adik-adik apabila Petrus menumpu perhatiannya kepada Yesus dia boleh berjalan di atas air tetapi apabila dia mengalih perhatian daripada Yesus dan memandang persekitarannya dan ternampak angin yang kencang dia mulai tenggelam. Ingatkan adik-adik kita perlu menumpukan perhatian kita kepada Yesus untuk mendapat bantuan daripadaNya dan janganlah risau sangat tentang persekitaran kita yang kurang elok. Tanya adik-adik apakah yang menakutkan atau membimbangkan mereka buat masa sekarang. Ajak mereka serahkan benda itu kepada Yesus kerana Dia boleh menghapuskan atau menenangkan benda yang menakutkan kita.

Beri setiap orang sekeping kertas kosong dan tunjuk mereka bagaimana melipat perahu. Mereka boleh mewarnakan dan melukis corak atas perahu mereka. Akhirnya ambil sebuah bekas yang dipenuhi air dan ajak adik-adik bermain perahu dalam air – perahu siapa boleh tahan paling lama tanpa tenggelam?

pb19