PB23 Perumpamaan tentang Pukat

Minggu 23     Perumpamaan tentang Pukat

Matius 13 : 47 – 52

Yesus menggunakan perumpamaan pukat yang dilabuhkan ke dalam tasik lalu mendapat bermacam-macam ikan. Apabila pukat sudah penuh nelayan menariknya ke darat lalu mereka duduk dan memisahkan ikan-ikan itu – yang baik disimpan dan yang tidak baik dibuang. Yesus berkata demikianlah pada Hari Kiamat. Malaikat-malaikat akan datang untuk mengumpulkan orang jahat antara orang yang melakukan kehendak Allah. Orang jahat akan dibuang ke dalam tempat pembakaran yang berapi. Di sana mereka akan menangis dan menderita.

 

Aktiviti

Beri beberapa keping kertas segiempat yang nipis kepada adik-adik. Kertas-kertas boleh jadi berbagai saiz – besar dan kecil. Tunjukkan mereka cara untuk melipat kertas untuk menjadi ikan. Mereka boleh melukis mata dan mulut dan menghiaskan ikan-ikan mereka.

pb20