Minggu 24 Yesus Memberi Makanan kepada Lima Ribu Orang
Matius 14 : 13 – 21
Pada suatu masa orang ramai telah mengikuti Yesus ke suatu tempat yang jauh dan sunyi. Apabila hari sudah petang pengikut-pengikut Yesus bercadang kepada Yesus untuk menyuruh orang ramai pergi daripada tempat itu kerana tempat itu terpencil dan tiada tempat untuk membeli makanan. Tetapi Yesus berkata kepada pengikut-pengikutNya untuk memberi orang ramai makanan. Pengikut-pengikut Yesus menjawab mereka hanya mempunyai lima ketul roti dan dua ikan. Yesus mengambil lima roti dan dua ikan itu lalu mengucap syukur kepada Allah. Selepas itu Dia membahagikan roti itu dan memberikan roti dan ikan kepada pengikut-pengikutNya untuk diberi kepada orang ramai. Orang ramai semua makan sehingga kenyang dan setelah itu masih tertinggal dua belas bakul lebihan makanan . Yesus telah melakukan satu mukjizat yang menambahkan roti-roti dan ikan sehingga dapat memberi makan kepada lima ribu orang.
Aktiviti
Bawa sebuku roti dan beberapa biskut bentuk ikan dan tunjuk adik-adik cara memberi syukur kepada Allah sebelum memecahkan roti lalu memberi kepada semua orang untuk dimakan. Pastikan adik-adik basuh tangan dahulu sebelum makan.