PB25 Melapangkan Diri bagi Tuhan

Minggu 25   Melapangkan Diri bagi Tuhan

Lukas : 10 : 38 – 42

Pada suatu masa Yesus melawat rumah seorang wanita bernama Marta dan saudara perempuannya Maria. Maria duduk dekat dengan kaki Tuhan untuk mendengar ajaranNya. Tetapi Marta gelisah kerana banyak kerja yang harus dilakukannya. Marta menghampiri Yesus dan berkata, “Ya, Tuhan, tidakkah Tuhan peduli bahawa Maria membiarkan aku sibuk seorang diri? Suruhlah dia tolong aku!” Tuhan menjawab, “Marta, Marta! Kamu sibuk serta khuatir akan banyak perkara tetapi hanya satu yang mustahak! Maria sudah memilih perkara baik, yang tidak akan diambil daripadanya.”

 

Aktiviti

Terangkan kepada adik-adik bahawa kadang-kadang kita sibuk dengan pelbagai kerja yang perlu disiapkan dengan segera. Tanya adik-adik apakah kerja yang mereka perlu lakukan di rumah, apakah yang membuat mereka sibuk. Kita juga boleh berasa penat kerana sibuk dengan kerja-kerja Tuhan seperti membantu di gereja, membantu orang miskin dan sebagainya. Tetapi Tuhan Yesus memberitahu kita perkara yang paling baik ialah untuk mendampingi Tuhan dan mendengar daripadaNya. Ini tidak akan diambil daripada kita. Cetakkan kertas-kertas berikut dan suruh adik-adik melukis bintang pada gambar aktiviti yang baik. Kemudian gunting keluar kertas yang menunjukkan seorang adik berdoa dan meluangkan masa dengan Tuhan. Ingatkan mereka itulah perkara yang sangat baik. Warnakan.

pb22pb22a