PB26 Pengakuan Petrus tentang Yesus

Minggu 26   Pengakuan Petrus tentang Yesus

Matius 16:13 – 20

Ketika Yesus berada di daerah dekat kota Kaisarea Filipi Dia bertanya kepada pengikut-pengikutNya, “Menurut kata orang siapakah Anak Manusia itu?” Petrus menjawab dengan betul dan berkata Dia ialah Penyelamat yang diutus oleh Allah, Anak Allah Yang Hidup. Yesus memberitahu Petrus bahawa jawapannya memang betul dan bukan manusia tetapi BapaNya di syurga yang memberitahu Petrus. Dan Yesus berkata kepadanya bahawa dia Petrus batu yang kuat. “Dengan beralaskan batu inilah Aku akan membina jemaahKu dan bahkan maut pun tidak dapat memusnahkannya,” kata Yesus lagi

Aktiviti

Beritahu adik-adik jemaah yang bertemu di gereja seperti keluarga Tuhan. Kita bertemu di bangunan gereja untuk memuji Tuhan bersama-sama dan beri sokongan kepada ahli-ahli jemaah. Cetakkan gambar gereja bagi adik-adik dan ajak mereka melukis ramai orang di kelilingi gereja untuk mewakili jemaah Tuhan.

pb23