PB27 Yesus Meneduhkan Angin Ribut

Minggu 27   Yesus Meneduhkan Angin Ribut

Markus 4 : 35 – 40

Pada suatu hari Yesus dan pengikut-pengikutNya berada dalam perahu untuk menyeberangi tasik. Angin kencang bertiup dan ombak melanda perahu sehingga hamper penuh dengan air. Tetapi Yesus sedang tidur di bahagian belakang perahu. Pengikut-pengikutNya membangunkan Dia kerana mereka berasa sangat takut. Yesus bangun lalu menengking angin dan berkata kepada ombak, “Diam! Tenanglah!” Angin pun reda dan tasik menjadi tenang sekali. Pengikut-pengikut Yesus menjadi sangat takut dan menanyakan sesama sendiri siapakah orang itu sehingga angin dan ombak pun taat kepada perintahNya.

 

Aktiviti

Tanya adik-adik adakah mereka mengalami rebut dalam hidup mereka? Ribut itu mungkin dalam bentuk masalah keluarga, perhubungan dengan kawan-kawan dan guru-guru di sekolah, masalah kewangan, masalah kesihatan dan sebagainya. Jika kita berdoa kepada Yesus dan serahkan rebut hidup kita kepadaNya, Dia boleh menenangkan rebut itu dan membawa kita keluar dari rebut itu. Doa untuk adik-adik yang sedang mengalami rebut agar Yesus membantu mereka merintangi rebut itu dengan selamat. Kemudian buat aktiviti di muka surat seterusnya. Akhir sekali adik-adik boleh mewarnakan gambar-gambar itu.

pb24a