PB28 Yesus Membayar Cukai

Minggu 28    Yesus Membayar Cukai

Matius 22: 15-22

Beberapa orang Farisi yang tidak suka Yesus berkomplot untuk memerangkap Yesus dengan pertanyaan. Mereka menghantar beberapa anggota untuk bertanya Yesus pendapatNya tentang pembayaran cukai – haruskah mereka bayar cukai kepada Kaisar Roma atau tidak? Yesus mengetahui maksud mereka yang jahat untuk memerangkapNya lalu menyuruh mereka tunjukkan matawag yang digunakan untuk membayar cukai. Apabila mereka memberikan matawant itu kepada Yesus Dia bertanya kepada mereka, “Gambar dan nama siapakah pada mata wang?” Apabila mereka menjawab “Kaisar” iaitu pemerintah di Roma maka Yesus berkata kepada mereka berikan apa yang menjadi milik Kaisar kepada Kaisar dan berikan apa yang menjadi milik Allah kepada Allah. Apabila mereka mendengar penjelasan itu mereka hairan lalu meninggalkan Yesus dan pergi dari situ.

Aktiviti

Kaisar mewakili pemerintah Negara kita – kerajaan Negara kita. Sebagai orang Kristian kita perlu mentaati Allah dan mentaati kerajaan(kecuali jika mereka menyuruh kita membantah arahan TUHAN). Beri sekeping kertas putih yang kosong kepada setiap adik-adik dan beberapa duit syiling. Tunjuk mereka bagaimana meletakkan duit syiling di bawah kertas putih yang kosong dan menggunakan pensel warna untuk melukis bentuk duit syilling tersebut. Mereka boleh bertukar-tukar duit syilling untuk mendapat saiz dan nilai wang yang berbeza.

pl43b