PB3 Yesus Seorang Budak

Minggu 3    Yesus Seorang Budak

Lukas 2 : 40

Budak Yesus bertambah besar dan kuat. Dia sangat bijaksana dan Allah berkenan kepadaNya.

Aktiviti

Sambungkan lima helai kertas A4 untuk menjadi sehelai kertas yang panjang dan lekat menegak pada dinding. Pastikan satu hujung kertas menyentuh lantai. Panggil adik-adik berdiri di hadapan kertas panjang itu dan tandakan ketinggian semua adik-adik dengan satu garis pendek. Tulis nama adik-adik di sebelah garis pendek. Kemudian suruh adik-adik berbaris dari yang paling pendek kepada yang paling tinggi. Beritahu adik-adik apabila kita bertambah tua, badan kita juga bertambah besar. Demikianlah tumbesaran fizikal kita. Dengan cara yang sama, semasa kita bertambah besar, kita juga inginkan pembesaran rohani kita. Kita boleh menguatkan rohani kita dengan selalu membaca Al-Kitab dan berdoa kepada TUHAN. Akhirnya cetak gambar budak perempuan bagi adik-adik perempuan warnakan dan gambar budak lelaki bagi adik-adik lelaki warnakan. Akhir sekali gunting keluar semua gambar yang telah diwarnakan dan lekatkan pada kertas yang panjang itu.

pl50