Minggu 30 Yesus dan Kanak-Kanak
Matius 19 : 13-15
Beberapa orang membawa kanak-kanak kepada Yesus supaya Yesus meletakkan tanganNya pada kepala kanak-kanak itu dan mendoakan mereka. Tetapi pengikut-pengiku Yesus memarahi orang yang membawa semua kanak-kanak itu. Yesus berkata kepada pengikut-pengikutNya, “Biarlah kanak-kanak itu dating kepada-Ku! Jangan larang mereka, kerana orang seperti inilah yang menikmati Pemerintahan Allah.” Lalu Yesus meletakkan tangan-Nya pada kepala semua kanak-kanak itu sebelum Dia pergi.
Aktiviti
Beritahu adik-adik Tuhan sangat kasihkan kita. Beri setiap adik sekeping kertas berbentuk hati yang telah dipotong keluar. Tulis Tuhan kasih “Nama adik” pada satu belah kertas dan “Nama adik” kasih Tuhan pada belah lain kertas. Kemudian adik-adik boleh menghias hati mereka.