PB31 Pemuda yang Kaya

Minggu 31    Pemuda yang Kaya

Matius 19 :16 – 22

Pada suatu hari seorang lelaki datang kepada Yesus. Dia bertanya, “Guru, perbuatan baik apakah yang harus saya lakukan supaya beroleh hidup sejati dan kekal?” Yesus menyuruhnya mentaati semua Hukum Allah. Lelaki itu menjawab bahawa dia sudah taati semua hukum ini jadi apakah lagi harus dia lakukan. Yesus berkata kepadanya, “Jika kamu hendak menjadi sempurna, pergi jual segala sesuatu yang kamu miliki dan berikan wangnya kepada orang miskin, maka kamu akan beroleh harta di syurga. Kemudian marilah ikutlah Aku.” Apabila orang muda mendengar hal ini, dia meninggalkan tempat itu dengan susah hati kerana dia sangat kaya. Lalu Yesus berkata kepada pengikut-pengikutNya bahawa susah sekali bagi orang kaya untuk menikmati Pemerintahan Allah  –  adalah lebih mudah bagi seekor unta memasuki lubang jarum daripada seorang kaya menikmati Pemerintahan Allah.

 

Aktiviti

Cetak sekeping kertas salib seperti yang di bawah untuk setiap adik tetapi jangan beri kepada mereka dulu. Beri setiap adik sekeping wang kertas RM 1 yang baru. Beritahu adik-adik kita memang perlu wang untuk hidup dalam dunia ini tetapi kita tidak boleh mencintai wang lebih daripada Tuhan. Kemudian suruh mereka mengembalikan wang itu dan bertukar dengan sekeping kertas gambar sebuah salib. Ingatkan adik-adik Yesus mengasihi kita betapa banyak sampai Dia sanggup mati di atas salib demi menanggung dosa kita dan salib yang menjadi simbol pengorbanan Yesus memang lebih penting daripada wang kertas RM1. Tepuk tangan untuk menggalakkan adik-adik yang bertukar wang RM1 dengan kertas salib. Beri setiap adik dua batang kayu – satu panjang dan satu pendek dan bantu mereka menggunakan tali untuk mengikat dua batang itu untuk menjadi sebuah salib.