PB33 Yesus Mengutuk Pokok Ara

Minggu 33           Yesus Mengutuk Pokok Ara

Matius 21 : 18 – 21

Pada suatu masa Yesus berasa lapar semasa dalam perjalanan kembali ke kota. Dia melihat sebatang pokok ara di pinggir jalan. Dia menghampiri pokok itu tetapi tidak mendapati satu buah ara pun. Dia mendapati daun sahaja. Yesus berkata kepada pokok itu, “Hai pokok, engkau tidak akan berbuah lagi. Dengan segera pokok itu layu. Apabila pengikut-pengikut Yesus Nampak kejadian itu, mereka hairan lalu bertanya bagaimana pokok ara itu boleh layu serta-merta. Yesus menjawab bahawa jika mereka percaya kepada Allah dan tidak ragu-ragu, mereka akan melakukan apa yang telah Yesus lakukan terhadap pokok ara itu. Mereka juga dapat berkata kepada bukit “terangkatlah dan terbuanglah ke dalam laut!” dan hal itu pun akan berlaku. Apabila kita berdoa dan percaya bahawa Allah akan melakukan apa yang kita minta maka Dia akan melakukannya.

 

Aktiviti

Warnakan gambar yang berikut.

pb30