PB35 Perumpamaan tentang Balu dengan Hakim

Minggu 35   Perumpamaan tentang Balu dan Hakim

Lukas 18 : 1 – 8

Yesus menceritakan perumpamaan dimana di dalam sebuah kota terdapat seorang hakim yang tidak takut akan Allah dan tidak peduli sesiapa pun. Di kota itu juga ada seorang balu yang selalu dating kepada hakim itu untuk memohon supaya perkaranya dibela. “Tolonglah saya menghadapi lawan saya,” kata balu itu. Sudah lama hakim itu tidak mahu menolong balu itu, tetapi akhirnya hakim itu berkata dalam hatinya, “Sungguhpun aku tidak takut akan Allah dan tidak peduli akan sesiapa pun, tetapi kerana balu ini terus mengganggu aku, biarlah aku membela perkaranya. Jika tidak dia akan terus-menerus datang dan menyusahkan aku!” Lalu Tuhan berkata, “Dengarlah apa yang dikatakan oleh hakim yang jahat itu! Tidakkah Allah akan membela umatNya yang berseru kepadaNya siang malam? Adakah Dia akan berlambat-lambat untuk menolong mereka? Percayalah, Allah akan membela mereka dengan segera!”

Aktiviti

Tanya adik-adik apakah yang mereka fikir janda itu mahukan dari ketua itu? Jika adik-adik memerlukan sesuatu daripada Tuhan mereka haruslah berdoa dengan tidak berputus asa dan Tuhan akan mendengar doa mereka. Sambung garis putus-putus dengan pembaris seperti dalam contoh yang berikut dan warnakan. Kerja ini memerlukan perhatian kita dan mengambil masa sebelum dapat disiapkan tetapi hasilnya sangat cantik. Demikianlah dengan kita semasa kita berdoa  – kita janganlah berputus asa tetapi berdoa sentiasa. Aktiviti ini boleh digantikan dengan aktiviti menganyam jika guru sekolah minggu boleh menunjukkan adik-adik menganyam sekeping alas yang kecil.

pb32pb32a