PB36 Perumpamaan tentang Sepuluh Orang Gadis

Minggu 36      Perumpamaan tentang Sepuluh Orang Gadis

Matius 25 : 1 – 14

Yesus menceritakan perumpamaan tentang Pemerintahan Allah. Sepuluh orang gadis keluar membawa pelita untuk menyambut pengantin lelaki. Lima orang daripada mereka kurang bijak, tetapi lima orang yang lain bijak. Lima orang gadis yang kurang bijak membawa pelita, tetapi tidak membawa minyak tambahan. Lima orang gadis yang bijak membawa pelita dan juga bekas yang penuh dengan minyak. Pengantin lelaki itu lambat datang, maka mengantuklah semua gadis itu lalu tertidur. Pada tengah malam, terdengar suara orang berseru, “Pengantin lelaki datang! Mari, sambutlah dia!” Sepuluh orang gadis itu bangun lalu memasang pelita. Lima orang gadis yang kurang bijak berkata kepada yang bijak, “Berilah kami sedikit minyak, kerana pelita kami hamper padam.” “Tidak boleh! “ kata gadis-gadis yang bijak itu. “Minyak tidak cukup untuk kita semua. Pergilah ke kedai dan belilah minyak.” Oleh itu lima orang gadis yang kurang bijak itu pergi membeli minyak. Sementara mereka pergi, pengantin lelaki tiba. Kelima-lima orang gadis yang sudah siap itu masuk bersama-sama pengantin lelaki ke balai perjamuan, dan pintu pun ditutup. Kemudian gadis-gadis yang lain itu tiba. Mereka menyeru supaya pintu dibuka tetapi pengantin lelaki itu menjawab yang dia tidak kenal mereka. Yesus mengakhiri perumpamaanNya dengan mengatakan, “Oleh itu, berjaga-jagalah kerana kamu tidak tahu hari ataupun waktunya.” Dia menasihati kita orang Kristian supaya sentiasa berjaga-jaga.

 

Aktiviti

Gambar yang berikut menunjukkan sepuluh orang gadis yang sedang menanti pengantin lelaki. Lukis muka gembira pada lima orang gadis-gadis yang bijak, dan lukis pelita mereka yang menyala dengan elok. Lukis muka sedih pula pada lima gadis-gadis yang kurang bijak dan pelita mereka yang tidak menyala.

pb33