PB37 Yesus dan Zakheus

Minggu 37   Yesus dan Zakheus

Lukas 19 :1 – 6

Pada suatu hari Yesus melalui kota Yerikho dalam perjalananNya. Di situ ada seorang ketua pemungut cukai yang kaya yang bernama Zakheus. Dia ingin melihat Yesus tetapi orang terlalu ramai dan dia pula pendek, dia tidak dapat melihat Yesus. Dia lari mendahului orang ramai lalu memanjat sebatang pokok ara supaya dia dapat melihat Yesus yang akan lalu di situ. Apabila Yesus tiba di situ Dia memandang ke atas lalu berkata kepada Zakheus, “Zakheus, turunlah segera! Hari ini Aku mesti menumpang di rumahmu.” Zakheus turun dengan segera dan menyambut Yesus dengan kegembiraan. Semua orang yang menyaksikan hal itu mula bersungut dan berkata Yesus menumpang di rumah seorang berdosa. Zakheus berdiri dan berkata kepada Yesus, “Guru, saya akan menderma separuh daripada harta saya kepada orang miskin. Sesiapa sahaja yang pernah saya tipu, akan saya bayar kembali empat kali ganda!” Yesus berkata kepadanya, “Pada hari ini Allah telah menyelamatkan kamu dan keluargamu, kerana kamu juga keturunan Abraham. Anak Manusia datang untuk mencari dan menyelamatkan orang yang sesat.”

 

Aktiviti

Cetakkan gambar yang berikut. Bantu adik-adik melukis daun pada pokok kemudian warnakan gambar itu.

pb34