PB38 Perumpamaan tentang 3 Orang Hamba

Minggu 38  Perumpamaan tentang 3 Orang Hamba

Yesus menceritakan satu perumpamaan tentang Pemerintahan Allah. Seorang lelaki hendak berangkat keluar negeri. Dia memanggil hamba-hambanya lalu mempercayakan hartanya kepada mereka. Setiap orang hamba diberikannya bahagian menurut kebolehan masing-masing. Yang seorang diberikan lima ribu keping wang emas, yang lain diberikannya dua ribu keping, dan yang seorang lagi diberikannya seribu keping. Lalu orang itu berangkat. Hamba yang menerima lima ribu keping wang emas segera pergi berniaga lalu mendapat keuntungan lima ribu keping wang emas. Hamba yang menerima dua ribu keping juga mendapat keuntungan sebanyak dua ribu keping. Tetapi hamba yang menerima seribu keping wang emas pergi menggali lubang di tanah, lalu menyembunyikan wang tuannya.           Lama kemudian tuan hamba-hamba itu pulang lalu menyuruh berhadap dengannya. Hamba yang menerima lima ribu keping wang emas datang dan menyerahkan sepuluh ribu keping wang emas. Dia memberitahu tuannya yang dia berjaya mendapat keuntungan dua kali ganda dan tuannya berkata, “Bagus, kamu hamba yang baik dan setia. Oleh sebab kamu dapat dipercayakan dengan yang sedikit, aku akan mempercayakan yang lebih banyak kepadamu. Masuklah dan bersukkacitalah bersama-sama tuanmu!”

Lalu hamba yang menerima dua ribu keping wang emas menyerahkan dua kali keuntungannya. Tuannya juga memujinya dan berkata lebih akan dipercayakan kepadanya lalu menjemputnya masuk dan bersukacita. Kemudian hamba yang diberi seribu keping wang emas datang dan berkata, “Tuan, hamba tahu bahawa tuan seorang yang keras. Hamba takut maka hamba menyembunyikan wang tuan di dalam tanah. Inilah milik tuan.” Tuan itu pun memarahi hamba itu dan berkata, “Kamu hamba yang jahat dan malas! Seharusnya kamu simpan wangku di bank, supaya boleh dapat balik wang dengan faedahnya.” Kemudian tuan itu berkata kepada hamba yang lain, “Ambil wang itu daripadanya, dan berikan kepada orang yang mempunyai sepuluh ribu keping wang emas. Setiap orang yang mempunyai sesuatu akan diberikan lebih banyak lagi. Tetapi seorang yang tidak mempunyai apa-apa, sedikit yang ada padanya akan diambil juga. Tentang hamba yang tidak berguna ini, buanglah dia ke luar ke tempat yang gelap. Di sana dia akan menangis dan menderita!” Demikianlah perumpamaan Yesus mengenai Pemerintahan Allah. .

 

Aktiviti

Allah memberi kita tugas, tanggungjawab dan juga iman kita. Kita mesti menjaga dan membuat tugas-tugas kita dengan baik dan bijak supaya ia akan digandakan. Gambar yang berikut menunjukkan tangan yang memegang lima ribu, dua ribu dan seribu wang emas. Bantu adik-adik melukis lima( ribu) keping wang emas pada tangan kosong di sebelah kanan, dua (ribu )di tangan kedua dan pada tangan yang terakhir tinggalnya kosong kerana Allah telah mengambil balik wang emasnya yang tidak digunakan dengan bijak.

pb35