PB39 Yesus dituangi Minyak di Betania

Minggu 39   Yesus dituangi Minyak di Betania

Matius 26:6-13

Ketika Yesus di Betania, di rumah Simon Yesus sedang makan apabila seorang wanita datang kepadaNya. Dia membawa sebuah botol marmar berisi minyak wangi yang mahal. Dia menuang minyak wangi itu ke atas kepala Yesus. Pengikut-pengikut Yesus nampak apa yang berlaku lalu naik marah. Mereka bertanya, “Mengapa minyak wangi itu dibazirkan? Minyak itu boleh dijual dengan harga yang tinggi dan wangnya boleh diberikan kepada orang miskin.” Yesus mengetahui apa yang dikatakan mereka lalu berkata kepada mereka, “Mengapa kamu menyusahkan wanita ini? Apa yang telah dilakukannya untukKu itu baik dan terpuji. Orang miskin sentiasa ada di kalangan kamu, tetapi Aku tidak selamanya bersama-sama kamu. Wanita ini menuangi Aku dengan minyak wangi dan dengan perbuatan itu dia mempersiapkan tubuhKu bagi penguburanKu. Di mana sahaja Berita Baik dikhabarkan perbuatan wanita ini akan diceritakan untuk mengenang dia.

 

Aktiviti

Cetak atau lukis sebuah botol marmar pada kepingan kadbod. Sapu sedikit minyak wangi pada kadbod itu. Bantu adik-adik menghiasi botol marmar dan ingati mereka wanita itu telah menunjukkan kasihnya kepada Yesus dengan mengorbankan sesuatu yang berharga kepadaNya.

pb36