PB40 Perjamuan Tuhan

Minggu 40  Perjamuan Tuhan

Matius 26 : 26-28

Sementara mereka makan, Yesus mengambil roti dan mengucap syukur, lalu membahagikan roti itu. Kemudian Dia memberikan roti itu kepada pengikut-pengikutNya sambil berkata, “Ambillah roti ini dan makanlah; ini tubuhKu.”

Kemudian Dia mengambil sebuah cawan berisi wain. Dia mengucap syukur kepada Allah, lalu memberikan cawan itu kepada pengikut-pengikutNya sambil berkata, “Minumlah, kamu semua. Inilah darahKu yang mengesahkan perjanjian yang dibuat oleh Allah dengan umatNya; darahKu yang dicurahkan bagi banyak orang supaya dosa mereka diampunkan.”

 

Aktiviti

Cetakkan, dan gunting keluar gambar-gambar 12 pengikut Yesus dan berikan kepada adik-adik. Bantu mereka melekat gambar pengikut-pengikut Yesus pada meja perjamuan Tuhan. Kemudian warnakan gambar-gambar berikut.

pb37apb37