PB41 Berjaga-jaga dan Berdoa

Minggu 41           Berjaga-jaga dan Berdoa

Matius 26:41

Yesus berkata kepada Petrus dan dua orang pengikutNya , “Berjaga-jagalah dan berdoalah supaya kamu tidak mengalami cubaan. Memang kamu ingin melakukan apa yang benar, tetapi kamu tidak sanggup kerana tabiat manusia lemah.” Yesus berkata demikian kerana kadang-kadang tidak mengalami cubaan dan melakukan perbuatan yang jahat. Yesus mengingati kita supaya kita mesti selalu awasi keadaan dan berdoa supaya kita tidak jatuh.

1 Petrus 5:8 pula mengatakan “Berjaga-jagalah dan berwaspadalah, kerana Iblis, musuh kamu merayau-rayau seperti singa yang mengaum sambil mencari mangsa.” Sebab ini kita perlu berjaga-jaga dan berdoa selalu.

 

Aktiviti

Beri setiap adik sebiji gula-gula yang kecil. Gula-gula itu perlu diletakkan atas kertas atau plastic yang kecil di hadapan setiap adik. Suruh adik-adik jangan makan gula-gula itu – jika mereka patuhi arahan kamu beritahu mereka bahawa kamu akan memberikan mereka dua biji gula-gula yang lebih besar lagi nanti. Keluar dari bilik itu, dan tutup pintu. Selepas lima minit kembali ke dalam bilik itu dan perhatikan berapa orang adik-adik ikuti arahan kamu, berapa orang tidak mengikuti arahan kamu dan telah makan gula-gula mereka. Kepada adik-adik yang mengikuti arahan kamu beri setiap orang dua biji gula-gula lagi sebagai ganjaran. Beritahu adik-adik kadang kala kita menghadapi cubaan atau ujian dan susah bagi kita menahan cubaan itu. Kita perlu berdoa kepada Tuhan untuk memberi kita kekuatan untuk menghadapi dan memenangi cubaan itu. .