PB43 Yesus Membasuh Kaki Pengikut-PengikutNya

Minggu 43   Yesus Membasuh Kaki Pengikut-PengikutNya

Yohannes 13 : 1 – 17

Sehari sebelum Perayaan Paska, Yesus tahu bahawa tiba masanya Dia meninggalkan dunia ini dan kembali kepada Bapa. Yesus dan pengikut-pengikutNya sedang makan malam. Iblis sudah menimbulkan hasrat dalam hati Yudas anak Simon Iskariot untuk mengkhianati Yesus. Yesus tahu bahawa Bapa sudah menyerahkan segala kekuasaan kepadaNya. Oleh itu Yesus berdiri, menanggalkan jubahNya lalu mengikat sehelai tuala pada pingganNya. Dia menuang air ke dalam sebuah besen lalu mula membasuh kaki pengikut-pengikutNya dan mengeringkan nya dengan tuala yang terikat pada pingganya.

Setelah Yesus membasuh kaki mereka, Dia mengenakan jubahNya kembali lalu duduk semula. Dia berkata kepada mereka, “ Adakah kamu memahami apa yang baru saya lakukan untuk kamu? Kamu memanggil Aku Guru dan Tuhan. Jika Aku sebagai Tuhan dan Guru kamu, sudah membasuh kaki kamu maka kamu wajib saling membasuh kaki.

 

Aktiviti

Cetakkan atau lukis dan warnakan beberapa gambar pengikut-pengikut Yesus dan laminat dengan balutan plastik. Sediakan kain dan besen dipenuhi air. Ajak adik-adik membasuh kaki pengikut-pengikut Yesus. Kemudian beri setiap adik satu stiker kosong yang besar dan bantu mereka tulis “NAMA ADIK ialah Pengikut Yesus” pada stiker lalu menghiaskan stiker itu.