PB44 Yesus ditangkap

Minggu 44           Yesus ditangkap

Yohannes 18 : 1 – 13

Yesus dan pengikut-pengikutNya menyeberangi Sungai Kidron. Di situ mereka masuk ke sebuah taman. Yudas, pengkhianat itu mengetahui tempat itu kerana telah banyak kali Yesus berkumpul dengan pengikut-pengikutNya di situ. Oleh itu Yudas pergi ke tempat itu sambil membawa sepasukan askar Roma dan beberapa orang pengawal Rumah Tuhan yang disuruh oleh ketua-ketua iman dan orang Farisi. Mereka membawa senjata, lentera dan suluh. Kemudian askar-askar Roma dengan komandan mereka dan pengawal-pengawal Yahudi menangkap dan mengikat Yesus.

 

Aktiviti

Semua orang akan berasa takut dan khuatir apabila ditangkap terutamanya Yesus kerana Dia tahu penderaan dan penderitaan yang akan datang pada DiriNya tetapi Yesus membenarkan semua tindakan tersebut dibuat atas DiriNya supaya Yesus mati dan menanggung dosa kita semua. Potong keluar gambar Yesus yang berikut dan berikan gambar itu kepada adik-adik, seorang satu, dan beberapa helai tali. Tunjuk adik-adik bagaimana mengikat tali pada tangan gambar Yesus untuk menunjukkan penahananNya pada tangan askar-aska Roma. Ingatkan adik-adik Yesus sanggup melalui semua penderitaan ini kerana Dia sayangkan kita semua.  Akhirnya adik-adik boleh warnakan gambar Yesus.

pb41