PB45 Yesus Disalib

Minggu 45           Yesus Disalib

Matius 27

Setelah Yesus ditangkap Dia dibawa ke gabenor kerajaan Roma yang mendapati Yesus tidak bersalah tetapi oleh kerana orang ramai mahukan Dia dihukum dan disalib gabenor itu bersetuju dan menyerahkan Yesus kepada askar-askar Roma. Askar-askar Roma mengejek dan menghina Yesus, kemudian mereka menyalib Dia di tempat bernama Golgota. Dari dua belas tengah hari sampai pukul tiga petang, ketika Yesus tergantung atas salib, seluruh bummi menjadi gelap. Akhirnya Yesus berseru kepada Allah dan mati.

 

Aktiviti

Beritahu adik-adik Yesus Anak Allah tidak berdosa tetapi Dia pilih untuk mati atas salib untuk menanggung dosa-dosa kita semua supaya kita dapat diselamatkan jika kita menaruh kepercayaan kita kepadaNya dan mengikutiNya. Suruh adik-adik angkat tangan jika mereka ingin mengikut Yesus. Tunjuk adik-adik bagaimana membuat sebuah salib dengan menggunakan dua batang kayu kecil dan mengikatkan kayu-kayu itu bersama dengan menggunakan tali untuk membentuk sebuah salib.  Cetakkan gambar Yesus, beri adik-adik warnakan gambar itu dan kemudian lekat gambar Yesus pada salib yang baru siap dibuat.

pb42