PB46 Kebangkitan Yesus

Minggu 46           Kebangkitan Yesus

Matius 28 :1 – 7

Setelah hari Sabat berlalu dan fajar mula menyingsing pada hari Ahad, Maria Magdalena dan Maria yang lain pergi melihat kubur Yesus. Tiba-tiba berlaku satu gempa bumi yang kuat. Malaikat Tuhan turun dari syurga, menggulingkan batu penutup kubur lalu duduk di atasnya. Rupa malaikat itu terang seperti kilat dan pakaiannya putih seperti salji. Askar-askar pengawal di situ begitu ketakutan sehingga mereka gementar lalu rebah seperti orang mati.

Malaikat itu berkata kepada wanita-wanita itu, “Janganlah takut! Aku tahu bahawa kamu mencari Yesus yang telah disalibkan itu. Dia tidak ada di sini. Dia sudah bangkit seperti yang dikatakanNya dahulu. Marilah lihat tempat jenazah Yesus diletakkan. Sekarang cepatlah pergi dan beritahu pengikut-pengikutNya, “Dia sudah dibangkitkan daripada kematian, dan sekarang Dia pergi ke Galilea terlebih dahulu daripada kamu. Di sana kamu akan melihat Dia.”

 

Aktiviti

Cetak gambar yang berikut bagi adik-adik. Tunjukkan mereka batu penutup kubur telah digulingkan keluar oleh malaikat untuk menunjukkan dua orang wanita bahawa Yesus tiada dalam kubur itu lagi – Dia telah dibangkitkan. Ajak adik-adik melukis seorang malaikat yang duduk atas batu penutup kubur dan warnakan gambar itu.

pb43