PB47 Yesus dan Tomas

Minggu 47   Yesus dan Tomas

Yohanes 20 : 19 – 29

 

Selepas kebangkitan Yesus, Dia menunjukkan diriNya kepada pengikut-pengikutNya yang berkumpul di sebuah rumah dengan pintu terkunci. Yesus datang berdiri di tengah-tengah mereka dan berkata, “Salam sejahtera!” dan menunjukkan tangan dan rusukNya kepada mereka. Tetapi Tomas, seorang daripada dua belas pengikut Yesus, tidak bersama-sama mereka ketika Yesus datang. Oleh itu, pengikut-pengikut lain memberitahu Tomas, “Kami sudah melihat Tuhan!” Tetapi Tomas tidak mahu percaya kecuali dia melihat bekas paku pada tanganNya dan meletakkan jarinya pada luka Tuhan itu serta meletakkan tangannya pada rusukNya.

Seminggu kemudian, pengikut-pengikut Yesus berkumpul lagi di tempat itu dan Tomas hadir juga. Yesus datang dan berdiri di tengah-tengah mereka lalu berkata, “Salam sejahtera!” Kemudian Yesus berkata kepada Tomas, “Letakkanlah jarimu di sini, dan lihatlah tanganKu. Hulurkanlah tanganmu dan letakkanlah pada rusukKu. Janganlah ragu-ragu lagi, tetapi percayalah!” Tomas berkata kepada Yesus, “Ya Tuhanku! Ya Allahku!”

Yesus berkata kepadanya, “Adakah kamu percaya kerana kamu sudah melihat Aku? Berbahagialah orang yang percaya meskipun tidak melihat Aku!”

 

Aktiviti

Beri sekeping helai kertas A4 kosong kepada setiap adik. Bantu mereka melukis bentuk kedua-dua tapak tangan atas kertas. Kemudian lukis dan potong keluar satu lubang pada setiap tangan lalu mewarnakannya. Akhir sekali tulis “Terima kasih Yesus, Tuhan dan Penyelamat saya.”

pb47