PB48 Yesus Memanggil Kita

Minggu 48  Yesus Memanggil Kita

Yohanes 21 : 14 – 22

Pada kali ketiga Yesus menampakkan diri kepada pengikut-pengikutNya setelah Dia dibangkitkan daripada kematian. Setelah mereka makan, Yesus bertanya tiga kali kepada Simon Petrus sama ada dia mengasihiNya lebih daripada semua orang yang mengasihiNya dan Petrus telah menjawab “Ya” tiga kali. Yesus telah berpesan kepada Petrus supaya menjaga dombaNya dan memberitahu Petrus bahawa Petrus akan mati kelak untuk memuliakan Allah. Lalu Yesus berkata kepada Petrus, “Ikutlah Aku!”

Petrus berpaling dan melihat pengikut yang dikasihi oleh Yesus sedang mengikuti mereka. Petrus bertanya kepada Yesus, “Tuhan, bagaimana dengan orang ini?”

Yesus menjawab, “Jika Aku mahu dia hidup sehingga Aku kembali, apa kena-mengenanya dengan kamu? Tetapi kamu, ikutlah Aku!”

 

Aktiviti

Kita mempunyai ramai kawan-kawan seiman dengan kita, ramai yang pergi ke sekolah sama, atau yang tinggal di kampung sama. Walau bagaimanapun, Tuhan memimpin setiap orang daripada kawan-kawan seiman mengikuti jalan yang tersendiri. Mungkin beberapa orang daripada kawan-kawan seiman akan menjadi mewah atau menduduki jawatan-jawatan tinggi dalam kerajaan atau swasta, beberapa orang akan menjadi guru Sekolah Minggu atau guru sekolah, beberapa orang lagi menjadi suri rumah, beberapa orang lagi menjadi petani atau nelayan, yang lain pula menjadi pastor gereja bila dewasa kelak. Kita tidak harus membandingkan diri kita kepada kawan-kawan kita yang lain. Memang setiap orang akan berjalan mengikut jalannya yang tersendiri – yang penting semua orang mengingati dan menggunakan Al Kitab sebagai panduan hidup. Tuhan akan memanggil kita mengikut perjalanan hidup yang lain. Kita jangan suka membandingkan diri dengan kawan-kawan kita, yang penting ialah kita mesti pegang kepada kepercayaan kita dan pada suatu hari kemudian kita akan bertemu kembali di syurga.

Cetakkan gambarajah yang berikut dan beri kepada setiap adik. Suruh mereka tulis nama mereka dan lima orang kawan-kawan Sekolah Minggu mereka pada setiap bulatan. Warnakan setiap bulatan serta jalannya dengan warna yang berlainan seperti yang ditunjukkan di gambarajah kedua. Tunjukkan kepada adik-adik setiap orang daripada kawan mereka akan mengikuti perjalanan hidup yang lain tetapi jika kita hidup mengikut panduan TUHAN akhirnya kita akan kembali kepada TUHAN dan bertemu kembali.

pb48

pb48a