PB5 Yesus Memanggil PengikutNya

Minggu 5  Yesus Memanggil PengikutNya  

Matius 4:18 – 22

Sementara Yesus berjalan di tepi Tasik Galilea, Dia nampak dua orang nelayan – Simon (yang juga disebut Petrus) dengan adiknya Andreas. Mereka sedang menjala ikan di tasik. Yesus berkata kepada mereka, “Ikutlah Aku, Aku akan mengajar kamu menjala orang supaya menjadi pengikutKu.”. Dengan segera adik-beradik itu meninggalkan jala mereka lalu mengikut Yesus.

 

Aktiviti

Tanya adik-adik jika mereka juga ingin mengikut Yesus. Ingatkan adik-adik Simon dan Andreas telah meninggalkan kerja mereka dan mengikutNya dengan segera juga. Beritahu mereka Yesus akan bersama kita sehidup kita dan memberi petunjuk hidup yang betul jika kita mengikutNya. Cetak gambar berikut bagi adik-adik. Beritahu mereka walaupun ramai orang di dunia telah menerima Yesus dan menjadi pengikutNya masih ramai lagi yang tidak pernah dengar akan berita Yesus anak Allah. Kita boleh berkongsi berita baik ini kepada teman-teman kita supaya lebih ramai orang akan mendengar berita baik Yesus  dan dapat diselamatkan. Bantu adik-adik melukis muka pengikut-pengikut Yesus lalu mewarnakannya.

pb2