PB6 Perkahwinan di Kana

Minggu 6     Perkahwinan di Kana

Yohannes 2 : 1 – 11

Tidak lama selepas baptis Yesus, Dia dan pengikut-pengikutNya menghadiri satu majlis perkahwinan. Apabila wain sudah habis, ibu Yesus berkata kepadaNya, “Mereka kehabisan wain.” Yesus menjawab, “Puan, janganlah suruh Aku. SaatKu belum tiba.” Tetapi ibu Yesus menyuruh pelayan-pelayan di situ mengikut perintah Yesus. Di situ ada enam buah tempayan untuk adat pembasuhan yang berisi dengan air. Yesus menyuruh pelayan-pelayan mengisi semua tempayan sehingga penuh. Selepas itu Yesus menyuruh mereka menghidangkan sedikit air itu kepada ketua majlis. Ketua majlis itu mengecap air yang sudah berubah menjadi wain. Dia tidak tahu dari mana datangnya wain itu. Hanya pelayan-pelayan yang menuang air itu mengetahuinya. Itulah mukjizat pertama yang dilakukan oleh Yesus.

 

Akitiviti

Warnakan gambar yang berikut.

pb3