PB7 Cahaya bagi Dunia

Minggu 7  Cahaya bagi  Dunia

Matius 5:14 – 16

Yesus memberitahu kita bahawa kita bagaikan cahaya bagi dunia. Tiada seorang pun yang memasang pelita lalu menaruhnya di bawah pasu, tetapi dia akan meletakkanya di atas kaki pelita supaya memberikan cahaya kepada setiap orang di dalam rumah.  Yesus menyeru kita menyinarkan cahaya kita di hadapan orang supaya mereka dapat melihat perbuatan kita yang baik lalu memuji Bapa kita yang di syurga.

 

Aktiviti

Gelapkan bilik sekolah minggu dengan memadamkan lampu dan menutup kain langsir. Gunakan lampu suluh untuk menerangkan bilik atau buka lampu semula. Tunjukkan adik-adik cahaya memang membawa keterangan dan perubahan yang besar kepada persekitaran kita. Demikianlah Yesus menyuruh kita menjadi cahaya dunia supaya memberi kesan baik yang ketara kepada orang-orang di persekitaran kita.

Gunakan kertas berwarna dan ikuti tatacara yang berikut untuk membuat pelita.

pb4