PB9 Ajaran tentang Doa

Minggu 9   Ajaran tentang Doa

Matius 6 : 5 – 6

Yesus menyuruh kita supaya jangan menjadi seperti orang munafik ketika berdoa. Mereka suka berdoa sambil berdiri di rumah ibadat dan di simpang jalan supaya dilihat oleh orang ramai. Memang mereka menerima ganjaran mereka. Tetapi apabila kita berdoa, Yesus menyuruh kita masuk ke dalam bilik dan tutup pintu lalu berdoa kepada Bapa kita. Dan Bapa kita yang mengetahui apa yang kita lakukan secara tersembunyi akan memberikan pahala kepada kita.

Aktiviti

Bawa sebuah kotak dan letak satu patung kecil di dalamnya. Tutup kotak itu dan tanya adik-adik bolehkan mereka nampak patung di dalamnya. Beritahu mereka dengan cara yang demikian apabila kita masuk ke dalam bilik dan tutup pintu semasa berdoa, tiada sesiapapun yang boleh nampak kita. Tetapi Tuhan yang Maha Kuasa bukan sahaja dapat nampak kita malahan Dia juga mendengar doa kita. Cetak kertas yang berikut bagi adik-adik. Potong atas garis lurus dan lipat pada garis putus-putus. Letak pelekat di bahagian tepi dan lekat supaya menjadi kotak – bagaikan sebuah bilik. Akhir bantu adik-adik menghiaskan bilik kotak mereka.

pb6