PL36 Panduan daripada TUHAN

Minggu 36     Panduan daripada TUHAN

2 Raja-Raja 3

Apabila Raja Yoram menjadi raja Israel, raja Mesa dari Moab memberontak terhadap Israel. Raja Yoram mendapat bantuan Raja Yosafat dari Yehuda untuk berperang melawan raja Moab. Tetapi setelah tujuh hari perjalanan, mereka kehabisan air minuman. Raja Yosafat bercadang untuk mendapatkan seorang nabi TUHAN supaya boleh mendapat panduan daripada TUHAN. Mereka pun memanggil nabi Elisa. Elisa dilitupi kuasa TUHAN lalu membawa firman TUHAN menyuruh mereka menggali parit di dasar anak sungai yang kering. Tentera pun menurut firman TUHAN lalu menggali parit. Walaupun tiada hujan tetapi dasar anak sungai semuanya dipenuhi air. Tentera dan kesemua binatang ternakan raja-raja itu dapat mendapat cukup air minuman. TUHAN pun memberi jaminan melalui Elisa bahawa Dia akan membantu mereka memenangi peperangan melawan raja Moab. Semua firman TUHAN tercapai dan raja Israel dan raja Yehuda dapat mengambil-alih Moab dengan bantuan TUHAN.

Pengajaran

Dalam masa kesusahan, atau apabila kita keraguan, kita perlu berpaling kepada TUHAN dan berdoa untuk mendapat panduan dan tunjuk ajar daripadaNya. Kebjiaksanaan TUHAN melebihi kebijaksanaan kita dan caraNya lebih baik daripada cara kita.

Aktiviti

Ambil “play-doh”* mainan dan bantu adik-adik melekatnya atas kertas A5 (setengah daripada kertas A4) untuk dijadikan permukaan bumi. Bentukkan longkang-longkang seperti yang digali oleh askar-askar Israel. Adik-adik juga boleh gunakan play-doh berlebihan untuk membentuk bukit dan batu-batan untuk menghiaskan kraftangan mereka.

*Play-doh boleh dibuat sendiri dengan menggunakan dua cawan tepung gandum di campur dengan sedikit air dan secamca garam. Gaul sehingga sebati dan uli doh sedikit sehingga campuran tidak melekat. Tambah sedikit pewarna untuk menjadikannya lebih menarik.

plm36