PL26 Boas Melayan Rut dengan Baik

Minggu 26 Boas Melayan Rut dengan Baik

Rut 2 : 14 – 16

Rut pergi ke ladang Boas untuk mengumpul barli yang tertinggal setelah pekerja-pekerja Boas habis memetiknya. Rut adalah seorang janda dan pada masa itu janda-janda dianggap sebagai orang yang miskin dan tidak berpengaruh dalam masyarakat. Tambahan pula, Rut bukan orang Israel – dia ialah orang asing yang dianggap tidak setaraf dengan orang Israel. Tetapi Boas tidak menghalau Rut dari ladangnya. Sebaliknya dia memastikan Rut dapat mengumpulkan cukup barli dan diberi perlindungan semasa bekerja di ladangnya. Apabila tibanya masa makan, Boas berkongsi makanan dengan Rut.

Kita akan menyenangkan hati TUHAN apabila kita melayan orang yang miskin atau lemah dengan baik, apabila kita berkongsi benda dengan mereka.

Aktiviti

plm26