PL1 Kisah Penciptaan

Minggu 1   Kisah Penciptaan

Kejadian 1 – 2:2

Ceritakan kisah penciptaan kepada adik-adik. Aktiviti di bawah boleh dilakukan sambil bercerita kisah penciptaan untuk membantu adik-adik mengingatinya.

Aktiviti

Berikan setiap adik kertas A4 yang kosong. Gunakan pembaris untuk membahagikan kertas itu kepada tujuh bahagian untuk mewakili tujuh hari pertama Allah mencipta dunia kita. Kemudian bantu adik-adik menulis Hari 1 sampai Hari 7 pada setiap bahagian kertas seperti dalam gambarajah yang berikut.

Hari 1 : Pada mulanya bumi belum dibentukkan. Samudera dilitupi kegelapan yang pekat. Pada hari pertama Allah berfirman, “ Hendaklah ada cahaya,” lalu cahaya pun muncul.   Allah menamakan cahaya itu “Siang” dan kegelapan itu “Malam”. Ajak adik-adik warnakan separuh daripada petak putih untuk mewakili “Siang” dan warnakan separuh lagi hitam itu untuk mewakili “Malam”.

Hari 2 : Warnakan petak ini biru muda untuk mewakili “Langit” yang dicipta oleh Allah pada hari yang kedua.

Hari 3 : Warnakan sebahagian petak ini biru muda untuk mewakili “Laut” dan sebahagian lagi hijau untuk mewakili “Darat”. Allah berfirman dan menyebabkan segala jenis tumbuh-tumbuhan muncul di darat. Lukis tumbuh-tumbuhan di darat.

Hari 4 : Lukiskan ataupun lekatkan stiker bintang, bulan dan matahari pada petak ini kerana Allah mencipta benda-benda terang di langit pada hari ini.

Hari 5 : Lukiskan atau lekatkan stiker haiwan yang tinggal di dalam laut dan juga burung pada petak ini. Allah mencipta segala makhluk laut dan burung pada hari ini dan memberkati mereka supaya boleh membiak dan bertambah banyak.

Hari 6 : Lukiskan atau lekatkan stiker haiwan darat pada petak Hari 6. Allah mencipta segala binatang darat besar dan kecil pada hari ini. Kemudian Allah mencipta manusia yang menyerupai Allah untuk menjadi manusia itu penguasa semua ikan, burung serta haiwan di darat dan dalam air.

Hari 7 : Allah menyelesaikan pekerjaanNya lalu Dia berehat. Allah memberkati hari yang ketujuh dan menjadikannya hari istimewa kerana Dia berehat setelah menyiapkan pekerjaanNya. Tulis “Pada hari ketujuh Allah menyelesaikan pekerjaanNya, lalu Dia berehat. Kejadian 2:2.”

plm1rev1