PL10 Abram Menyembah TUHAN

Minggu 10     Abram Menyembah TUHAN

Kejadian 12 : 7

Buku Kejadian menyatakan beberapa kali bahawa Abram membina maznah kepada TUHAN untuk menyembahNya. Menyembah TUHAN termasuklah

  1. Berdoa kepada Allah
  2. Berdoa untuk orang-orang lain
  3. Meminta maaf bila kita berdosa
  4. Bersyukur kepada TUHAN

Tanya adik-adik apakah yang mereka boleh bersyukur kepada TUHAN.

 

Aktiviti

Kita boleh bersyukur kerana TUHANlah yang memberi kita keperluan harian kita seperti makanan. Sediakan kertas warna dan potong bentuk pinggan dan cawan untuk menjadikan satu set makanan seperti dalam gambarajah di bawah. Kita boleh bersyukur kepada TUHAN kerana Dialah yang membekalkan makanan kepada kita. Bantu adik-adik melukis makanan atas pinggan itu dan tunjukkan adik-adik cara untuk berdoa kepada TUHAN sebelum kita makan.

plm10