PL11 Jubah Yusuf

Minggu 11   Jubah Yusuf

Kejadian 37:3

Bapa Yusuf, iaitu Yakub mempunyai ramai anak tetapi Yakub paling sayang akan Yusuf kerana Yusuf telah dilahirkan ketika Yakub sudah tua. Pada suatu hari Yakub membuat sehelai jubah yang sangat cantik yang berwarna-warni dan menghadiahkannya kepada Yusuf.

Aktiviti

Tanya adik-adik apakah yang ibu bapa menghadiahkan kepada mereka? Adakah mereka mengucapkan terima kasih apabila menerima hadiah daripada mereka? Ingatkan adik-adik bahawa Allah juga memberkati kita dengan benda-benda yang baik.

Ambil kertas pelbagai warna (seperti cetakan di majalah) dan potong kepada keping-keping kecil dan bantu adik-adik melekatkan kertas-kertas itu pada baju Yusuf. Aktiviti ini boleh dibuat secara individu atau berkumpulan. Ajak adik-adik melekatkan kertas-kertas warna pada gambar Yusuf supaya menjadi berwarna-warni dan menarik.

plm11