PL12 Yusuf di Penjara

Minggu 12           Yusuf di Penjara

Kejadian 39

Abang-abang Yusuf sangat cemburu akan Yusuf kerana bapa mereka lebih menyayangi Yusuf. Mereka pun bercadang untuk membunuh Yusuf tetapi akhirnya mereka menjual Yusuf kepada orang-orang Ishmael dan memberitahu ayah mereka bahawa Yusuf sudah mati dibunuh binatang liar. Yusuf dibawa ke Mesir dan dijual kepada pegawai raja yang bernama Potifar. TUHAN menolong Yusuf sehingga dia berjaya dalam segala pekerjaannya. Maka Potifar suka pada Yusuf dan melantiknya untuk mengurus rumah tangga dan segala kepunyaannya. Tetapi isteri Potifar bercakap bohong dan menuduh Yusuf berbuat salah. Maka Yusuf dimasukkan ke dalam penjara.

Beritahu adik-adik bahawa penjara ialah tempat di mana penjahat-penjahat dikurung. Ia adalah tempat yang tidak selesa dan tidak elok. Sudah tentu Yusuf berasa takut dan sedih dalam penjara, terutamanya apabila tuduhan ke atas dirinya palsu. Tanya adik-adik pernahkah mereka berasa takut atau keseorangan? Galakkan adik-adik menceritakan peristiwa yang menakutkan mereka atau menyebabkan mereka berasa kesunyian. Kemudian beritahu mereka TUHAN tidak melupakan mereka walaupun mereka kesunyian. Dalam hidup Yusuf, Allah telah memberkati Yusuf di penjara dan dia dipilih menjadi ketua yang menjaga semua banduan lain. Akhirnya Tuhan mengeluarkannya dari penjara dan memberkati Yusuf dengan pekerjaan yang sangat penting dan bertaraf kedua paling tinggi selepas raja Mesir.

 

Aktiviti

Berikut ialah gambar Yusuf. Lekatkan jalur-jalur berwarna untuk menunjukkan Yusuf terkurung di dalam penjara. Ingatkan adik-adik bahawa TUHAN masih ingatkan kita walaupun kita berada dalam keadaan yang susah, walaupun kawan-kawan dan kaum keluarga tidak bersama kita. Akhir sekali adik-adik boleh mewarnakan gambar itu.

plm12plm121