PL14 Bekalan daripada Allah

Minggu 14    Bekalan daripada Allah

Kejadian 41:35 – 36

Ceritakan kepada adik-adik tentang kebuluran yang berlaku di Mesir pada masa Yusuf. Allah memberikan raja Mesir mimpi ngeri yang dia tidak fahami. Hanya Yusuf seorang yang dapat menyatakan dan mentafsirkan makna mimpi itu. Yusuf memberitahu raja Mesir makna mimpi iaitu pada tujuh tahun yang akan datang, tanaman-tanaman akan hidup subur dan memberi banyak hasil pertanian. Tetapi selepas tujuh tahun yang pertama itu, tujuh tahun kemudian akan berlaku masa kebuluran di mana tanaman-tanaman akan musnah dan makanan tidak mencukupi. TUHAN telah memberi amaran ini kepada raja Mesir melalui mimpinya.

Yusuf mencadangkan supaya semasa tujuh tahun yang pertama, hasil tanaman yang berlebihan disimpan dalam gudang. Apabila tujuh tahun kebuluran itu tiba, orang-orang Mesir dapat mengeluarkan simpanan makanan dalam gudang untuk dimakan. Raja Mesir sungguh kagum dengan Yusuf dan melantiknya menjadi orang yang kedua paling penting di Mesir selepas Baginda. Raja juga menyuruh semua orang mengikut semua perintah Yusuf. Kita mendapati TUHAN menjaga keperluan makanan kita supaya mencukupi. Ingatkan adik-adik untuk berterima kasih kepada TUHAN kerana Dialah yang membekalkan kita dengan keperluan hidup kita.

 

Aktiviti

Sediakan beberapa jenis makanan ringan seperti biskut atau roti yang dipotong kecil dan letakkan setiap jenis makanan ringan dalam mangkuk yang berlainan. Suruh adik-adik basuh tangan kemudian berdoa bersama-sama dan berterima kasih kepada TUHAN yang membekalkan rezeki kita.