PL15 TUHAN Menjaga Bayi Musa

Minggu 15    TUHAN Menjaga Bayi Musa

Keluaran 2 : 1 – 10

Pada masa dahulu raja Mesir menyuruh semua bayi-bayi bangsa Ibrani dibunuh. Ketika itu seorang bayi bernama Musa dilahirkan. Apabila ibu Musa melihat betapa comelnya bayi itu, dia pun menyembunyikan bayinya selama tiga bulan. Selepas itu dia tidak dapat menyembunyikan bayi itu lagi. Dia pun meletakkan bayinya ke dalam bakul dan bakul itu dihanyutkan dalam sungai. Kakak bayi itu berdiri tidak jauh dari bakul untuk melihat apa yang akan berlaku kepada bayi itu.

Memang TUHAN ada rancangan bagi bayi itu kerana puteri raja Mesir telah menjumpai bakul itu ketika ia hanyut di sungai. Dia pun menamakan bayi itu Musa dan membesarkannya di istana. Setelah Musa dewasa dia digunakan oleh Allah untuk membuat kerja-kerjaNya.

 

Aktiviti

Lipas kertas berwarna supaya menjadi bakul/perahu. Beri gambar bayi Musa untuk adik-adik warnakan. Kemudian potong keluar gambar itu dan lekatkannya atas perahu kertas yang baru dilipat. Ingatkan adik-adik TUHAN sudah memerhatikan dan menjaga kita sejak dari masa kita dilahirkan, bahkan sebelum kita dilahirkan Dia sudah mengenali kita.

plm15