PL16 Mukjizat daripada Allah

Minggu 16    Mukjizat daripada Allah

Keluaran 7 : 9 – 13

TUHAN berfirman kepada Musa dan menyuruhnya berjumpa dengan raja Mesir dan mendapat kebenaran daripada raja supaya orang Israel dapat meninggalkan negeri Mesir. Apabila Musa dan abangnya Harun menjumpai raja di Mesir, seperti yang Allah telah firman, Harun mencampakkahn tongkatnya di lantai dan ia bertukar menjadi seekor ular. Raja Mesir menyuruh orang yang berilmu dan para tukang sihir untuk melakukan mukjizat yang sama dan mereka dapat melakukannya. Tetapi ular Harun menelan ular-ular yang lain. Namun raja Mesir tetap degil dan tidak menghiraukan kata-kata Musa dan Harun untuk membebaskan orang Ibrani.

 

Aktiviti

Lipat sehelai kertas A4 kepada empat bahagian seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah seterusnya. Lukis garis-garis bengkok ( seperti badan ular) seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah dan bantu adik-adik gunting atas garis-garis bengkok itu. Buka kertas supaya ia menjadi panjang menyerupai ular. Potong satu hujung supaya menjadi bujur dan adik-adik boleh melukis mata ular, kemudian melukis corak dan mewarnakan ular mereka. Beritahu adik-adik bahawa Allah telah melakukan banyak mukjizat pada zaman dahulu dan sekarang juga mukjizat-mukjizatNya berterusan. (Sehelai kertas A4 dapat membuat kira-kira enam ekor ular)

plm16