PL 17 Penyeberangan Laut Merah

Minggu 17    Penyeberangan Laut Merah

Keluaran 14 : 13 – 31

Apabila tentera Mesir mengejar orang Israel yang sedang berhijrah dari Mesir, orang Israel menjadi sangat takut dan meminta Musa menolong mereka. Musa pun berdoa kepada TUHAN untuk membantu mereka. TUHAN berfirman kepada Musa dan menyuruhnya mengangkatkan tongkatnya dan hulurkannya ke atas laut. Apabila Musa berbuat demikian, air laut terbelah dan orang Israel dapat menyeberangi laut dengan berjalan di atas dasar laut yang kering. Setelah semua orang Israel telah menyeberangi laut itu, tentera Mesir yang mengejar mereka pun mengikuti orang Israel menyeberangi laut. Tetapi TUHAN berfirman kepada Musa dan Musa menghulurkan tangannya ke atas laut. Air laut pun kembali kepada paras biasa dan tentera Mesir semuanya tenggelam dan mati lemas dalam laut itu. Demikianlah cara TUHAN menyelamatkan orang Israel daripada tentera Mesir.

Aktiviti

Ambil dua keping kertas A4 berwarna biru untuk mewakili laut. Lipat kertas biru itu kepada dua bahagian seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah yang berikut. Letak satu gambar Musa memegang tongkat dan tunjukkan adik-adik bagaimana orang Israel menyeberangi laut. Akhirnya cetakkan gambar ikan-ikan untuk adik-adik warnakan. Selepas diwarnakan, gunting ikan-ikan dan lekatkan pada kertas A4 biru itu.

plm17plm171