PL2 Allah Mencipta Manusia

Minggu 2   Allah Mencipta Manusia

Kejadian 2 : 7

Allah mengambil sedikit tanah dan membentuk manusia, lalu menghembuskan nafas yang memberi hidup kepada manusia; maka hiduplah manusia itu. Allah membentuk taman di Eden untuk menempatkan manusia itu. Dia telah menumbuhkan segala jenis pokok yang cantik, yang menghasilkan buah-buah baik bagi manusia. Di tengah-tengah taman itu tumbuh pokok yang memberi hidup, dan pokok yang memberi pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat. Allah menempatkan manusia di situ untuk mengusahakan taman itu. Allah membenarkan manusia itu makan segala jenis buah-buahan dalam taman Eden, kecuali buah daripada pokok yang memberi pengetahuan tentang yang baik dan jahat. Allah memberi amaran kepada manusia yang dia akan mati sekiranya dia makan buah daripada pokok itu. Manusia itu tidak mempunyai teman yang sesuai untuk menolongnya, oleh itu Allah telah membentuk seorang perempuan dan memberikannya kepada lelaki itu sebagai temannya.

 

Aktiviti

Potong sepasang patung kertas manusia bagi setiap adik-adik. Mereka boleh melukis muka dan mewarnakannya.

plm2