PL20 Kota Yerikho Jatuh

Minggu 20   Kota Yerikho Jatuh

Yosua 6 : 1 – 21

Pintu-pintu gerbang kota Yerikho dikawal dan ditutup supaya umat Israel tidak dapat masuk. Tetapi TUHAN berfirman kepada Yosua bahawa Dia sudah menyerahkan Yerikho dengan rajanya dan segala di dalam kota itu kepada orang Israel. TUHAN menyuruh Yosua bersama askar-askarnnya berarak mengelilingi kota itu sekali sehari selama enam hari sambil membawa trompet. Pada hari ketujuh mereka disuruh berarak mengelilingi kota itu sebanyak tujuh kali dan iman-iman perlu meniup trompet. Orang Israel dikehendaki berteriak dengan kuat dan tembok kota Yerikho akan runtuh. Yosua mengumpulkan orang Israel dan mereka menurut titah TUHAN. Seperti yang telah Dia janjikan, tembok kota itu runtuh dan orang Israel berjaya menguasai kota itu dengan bantuan TUHAN.

 

Aktiviti

Cetakkan corak tembok pada kertas A4. Guntingkan kertas itu kepada dua bahagian dan berikan setiap adik-adik sekeping kertas tembok untuk diwarnakan. Kumpulkan semua kertas setelah siap diwarnakan dan lekatkan kertas-kertas bersama untuk menjadi satu tembok yang panjang. Suruh adik-adik berdiri dalam satu baris dan berarak mengelilingi “tembok” yang mereka buat itu tujuh kali. Pada kali ketujuh suruh semua adik-adik berteriak dengan kuat dan merobohkan tembok Yerikho. Kuasa TUHAN mutlak dan orang Israel yang menurut perintah TUHAN menyebabkan mereka berjaya menguasai kota itu.

plm201plm20