PL21 Kami akan Mengabdi kepada TUHAN, Allah Kita

Minggu 21  Kami akan mengabdi kepada TUHAN, Allah kita

Yosua 24:15

Setelah orang Israel sampai ke tanah yang dijanjikan, Yosua mengumpulkan semua suku Israel di Sikhem. Mereka berkumpul di hadapan Allah dan Yosua mengingatkan orang Israel bagaimana TUHAN telah memberi mereka tanah yang luas dan subur untuk dijadikan kediaman mereka – tanah yang telah Dia janjikan kepada Abraham pada masa dahulu. Selepas itu Yosua menyuruh mereka pilih – sama ada mereka hendak mengabdi kepada TUHAN, Allah kita ataupun mereka mahu mengabdi kepada tuhan-tuhan nenek moyang mereka semasa di Mesopotamia dahulu. Dengan sebulat suara orang Israel menyatakan mereka hendak mengabdi kepada TUHAN, Allah kita.

 

Aktiviti

Cetakkan gambar yang berikut untuk adik-adik. Potong dua keping kertas berwarna atau bercorak untuk dijadikan salib. Terangkan kepada adik-adik makna salib bagi orang Kristian – untuk mengingati Tuhan Yesus yang telah mengorbankan nyawaNya kepada kita. Berikan adik-adik chop atau stiker bunga dan burung untuk dilekatkan atas gambar. Akhir sekali adik-adik boleh mewarnakan gambar itu.

plm21