PL22 Gideon Menyembah TUHAN

Minggu 22           Gideon Menyembah TUHAN

Hakim-Hakim 6 : 24

Mazmur 8 : 1

Selepas kematian Yosua, umat Israel sekali lagi melupakan TUHAN dan berdosa terhadapNya. Oleh itu TUHAN membiarkan orang Midian menguasai dan menjajah umat Israel selama tujuh tahun. Mereka menyerang orang Israel dan memusnahkan tanaman dan merampaskan ternakan mereka. Dalam keadaan yang susah-payah orang Israel mengingatkan kembali TUHAN dan berseru meminta TUHAN menolong mereka melawan orang Midian. TUHAN mendengar doa mereka lalu Dia melantik seorang lelaki bernama Gideon untuk mengetuai orang Israel. Malaikat TUHAN muncul di hadapan Gideon dan membawa firman TUHAN yang TUHAN menyertai orang Israel dan akan menolong mereka mengalahkan orang Midian. Apabila Gideon meyedari bahawa dia bersemuka dengan malaikat TUHAN tetapi masih belum mati, dia sangat berterima kasih terhadap TUHAN dan dia membina sebuah maznah untuk menyembah TUHAN di sana.

 

Aktiviti

Kita memuji dan menyembah TUHAN kerana Dia TUHAN dan Allah yang Maha Kuasa. Kita juga menyembah TUHAN kerana kita kasihkanNya dan memerlukanNya untuk memimpin hidup kita. Salah satu cara untuk menyembah TUHAN ialah dengan menyanyi lagu-lagu Puji TUHAN. Ajar adik-adik beberapa lagu Puji TUHAN dan nyanyi bersama-sama.