PL23 Kemenangan datang daripada TUHAN

Minggu 23 Kemenangan datang daripada TUHAN

Hakim-Hakim 7 : 9 – 25

Pada suatu malam, semasa Gideon bersama semua anak buahnya berkhemah berhampiran dengan musuh mereka iaitu orang Midian, TUHAN berfirman kepada Gideon, “Bangunlah! Pergilah serang perkhemahan orang Midian. Aku memberi engkau kemenangan atas mereka.” TUHAN juga menyeru Gideon menghampiri perkhemahan Midian sekiranya dia takut kerana dia akan mendengar apa yang sedang dipercakapkan oleh musuh. Apabila Gideon dan hambanya Pura menghampiri perkhemahan orang Midian, mereka mendengar seorang Midian menceritakan mimpinya kepada kawannya. Setelah mendengar cerita mimpi itu, kawannya pun mentafsirkan bahawa Allah telah memberi Gideon kemenangan atas orang Midian.

Gideon bersujud menyembah Allah. Kemudian dia kembali ke perkhemahan orang Israel dan menyuruh mereka bersedia untuk menyerang orang Midian kerana TUHAN telah memberi kemenanangan kepada orang Israel. Gideon memberi setiap orang askar satu trompet dan satu buyung yang berisi obor. Askar-askar Israel meniup trompet, memecahkan buyung dan berteriak dengan kuat, “Untuk TUHAN dan untuk Gideon!” TUHAN menjadikan pasukan musuh takut dan keliru, dan mereka menyerang sesama sendiri, akhirnya mereka lari dari situ. Ingatkan adik-adik bahawa obor, buyung dan trompet bukan senjata yang biasanya digunakan dalam perang. Walau bagaimanapun, orang Israel masih menang kerana TUHAN bersama mereka.

 

Aktiviti

Tanya adik-adik apakah kemenangan yang mereka perolehi minggu ini. Sebagai contoh :

  • Siapakah dapat bintang untuk coloring (pewarnaan) yang elok?
  • Adakah orang mengucapkan terima kasih atas pertolongan adik?
  • Adakah mereka membantu orang atau berkongsi benda dengan orang lain?
  • Siapakah dapat pujian daripada ibu bapa atau guru minggu ini?

Bagi adik-adik yang menjawab “Ya” puji mereka atas kejayaan mereka dan puji TUHAN kerana TUHANlah yang membantu adik-adik berjaya dalam tugasan mereka.

Akhirnya berikan adik-adik kertas akitiviti yang berikut. Suruh mereka mencari dan membulatkan trompet, obor dan buyung dan warnakan kertas selepas itu.plm23