PL25 Rut Bekerja dengan Tekun

Minggu 25   Rut Bekerja dengan Tekun

Rut 2 : 6 – 7

Apabila Rut mengikuti ibu mertuanya balik ke Israel, musim menuai barli baru bermula. Rut bekerja di ladang barli memunggut baki barli yang tertinggal setelah para penuai menghabiskan kerja mereka. Dia mengumpul saki baki dan membawa balik kepada Naomi. Dia tiba di ladang barli pada awal pagi untuk bekerja dan berehat sekejab sahaja pada waktu makan tengahari sebelum meneruskan kerjanya. Dalam Al Kitab, TUHAN selalu menyeru kita bekerja dengan tekun.

Contohnya :

Peladang yang rajin mendapat banyak makanan, tetapi orang yang mengejar hal yang sia-sia itu bodoh.                                     Amsal 12 : 11

Orang yang malas tidak sekali-kali akan mencapai hasrat mereka, tetapi orang yang rajin memperoleh harta yang banyak.               Amsal 12 : 27

 

Aktiviti

TUHAN menggalakkan kita bekerja dengan tekun banyak kali dalam Al Kitab. Tanya adik-adik adakah mereka melakukan tugas mereka dengan tekun dan bersungguh-sungguh? Bolehkan adik-adik ceritakan bagaimana mereka telah menyiapkan tugas mereka dengan tekun atau membantu orang lain yang memerlukan bantuan? Kemudian beri adik-adik kertas aktiviti yang berikut. Gambar itu menunjukkan beberapa orang yang sedang bekerja dan mencari benda. Suruh adik-adik mencari benda yang tersembunyi dalam gambarajah itu dan warnakannya.

plm25