PL27 Perkahwinan Rut dan Boas

Minggu 27 Perkahwinan Rut dan Boas

Rut 4 : 10 -12

Oleh kerana suami Rut telah meninggal dunia dan Boas adalah saudara dekat mereka, ibu mertua Rut telah menunjukkan Rut bagaimana mengajak Boas kahwin dengan Rut. Boas pun memuji Rut kerana masih setia kepada keluarga mendiang suaminya. Boas memanggil beberapa orang untuk menjadi saksi perjanjian perkahwinan dan mereka pula memberkati Rut dan Boas. Demikianlah Boas berkahwin dengan Rut.

 

Aktiviti

Tanya adik-adik mereka suka tak majlis perkahwinan? Apakah yang istimewa dalam majlis perkahwinan? Beritahu mereka Allah yang membentukkan perkahwinan antara suami dan isteri dan perkahwinan itu suci dalam mata TUHAN. Cari 8 perbezaan di antara gambar pertama dan kedua.

plm27