PL28 Daud Anak Penggembala Domba

Minggu 28 Daud Anak Penggembala Domba

1 Samuel 16 : 7

Daud seorang pemuda yang membantu ayahnya menjaga kambing biri-biri. Dia anak bongsu kepada ayahnya Isai. Tetapi TUHAN memilihnya menjadi raja Israel untuk menggantikan Raja Saul. Apabila TUHAN menyuruh Samuel melantik Daud untuk menjadi raja Israel, Dia berfirman kepada Samuel yang Dia tidak menilai orang seperti manusia menilai orang. Manusia melihat rupa sahaja tetapi TUHAN melihat hati orang itu. Firman TUHAN itu nyata terbukti apabila Daud menaiki takhta Israel, dia menjadi raja yang mengasihi TUHAN, dia menghormati dan mentaati rukun-rukun Allah dalam segala perbuatannya.

 

Aktiviti

Sediakan bebola kapas dan bantu adik-adik melekat kapas pada gambarajah yang berikut pada kambing biri-biri. Kemudian warnakan gambar itu. Daud seorang pengembala domba ketika TUHAN melantiknya menjadi raja Israel.

plm281