PL29 Daud dan Goliat

Minggu 29 Daud dan Goliat

1 Samuel 17

Goliat ialah seorang Filistin yang sangat besar dan tingginya kira-kira tiga meter. Ketika itu orang Filistin berperang dengan orang Israel dan Goliat mencabar orang Israel untuk melawannya. Semua orang Israel, termasuk raja Saul takut melihat badannya yang begitu besar dan tinggi. Tetapi Daud tidak takut. Sebaliknya Daud marah kerana Goliat dan orang Filistin berani mencabar tentera Israel, iaitu tentera Allah yang hidup. Apabila raja Saul melihat Daud seorang pemuda sahaja dia cuba menghalangya daripada menentang Goliat. Tetapi Daud percaya akan kuasa TUHAN yang akan menyelamatkan bangsa Israel daripada gengaman orang Filistin. Apabila Daud tampil ke hadapan untuk mencabar Goliat, Goliat tertawa mengejek nya kerana Daud kecil dan kacak. Tetapi Daud menjawab, “ Engkau datang melawanku dengan pedang, tombak dan lembing tetapi aku datang melawanmu dengan nama TUHAN yang Maha Kuasa, Allah tentera Israel. Dan TUHAN memberi kemenangan kepada Daud hari itu. Daud memilih lima biji batu kecil, dan menggunakan satu daripadanya lalu diumbankannya kepada Goliat. Batu itu menghentam dahi Goliat dan menyebabkannya rebah dan terbunuh di situ.

 

Aktiviti

Lukis satu gambar besar Goliat pada kadbod. Lekatkan sebatang kadbod sebagai penyokong di belakang gambar untuk menyokong gambar Goliat. Ajak adik-adik membaling bola untuk menjatuhkan Goliat. Kemudian cetakkan gambar yang berikut untuk adik-adik warnakan.

plm291

plm292