PL3 Manusia Melawan Allah

Minggu 3   Manusia Melawan Allah

Kejadian 3

Ular ialah binatang yang paling licik. Ia bertanya kepada perempuan, “Benarkah Allah melarang kamu daripada memakan buah sesuatu pokok di taman ini?” Perempuan itu pun menjawab bahawa mereka dilarang makan buah daripada pokok yang memberi pengetahuan tentang yang baik dan jahat kerana jika mereka berbuat demikian mereka akan mati. Ular menjawab yang itu tidak benar, mereka tidak akan mati.  Di sebaliknya fikiran mereka akan menjadi terbuka seperti Allah. Perempuan itu nampak bahawa pokok itu cantik dan buahnya enak dimakan.  Dia pun memetik dan makan buah itu lalu memberikannya kepada suaminya untuk dimakan. Selepas mereka makan buah itu, fikiran mereka terbuka dan mereka sedar bahawa mereka bertelanjang. Mereka menutup tubuh mereka dengan daun dan apabila TUHAN Allah berjalan di taman itu, mereka bersembunyi. Apabila Allah mendengar  lelaki dan perempuan itu telah makan buah yang dilarangNya, Allah sangat marah dan mengutuk dan menghukum ular, lelaki dan perempuan itu.  TUHAN Allah menghalau mereka dari Taman Eden dan terpaksa tinggal di luar taman itu. Demikianlah berlakunya kejatuhan manusia disebabkan oleh dosa tidak mendengar cakap Allah.  Sejak dari peristiwa ini keturunan ular dan keturunan perempuan sentiasa bermusuhan.

 

Aktiviti

Cetakkan gambar ular pada gambarajah berikut untuk adik-adik dan bantu mereka gunting keluar ular mengikut garis hitam. Adik-adik boleh mewarnakan ular itu.

plm3