PL30 Daud Meminta Maaf apabila dia Berdosa

Minggu 30 Daud Meminta Maaf apabila dia Berdosa

2 Sam 11, Mazmur 51 : 16 – 17

Daud menggantikan Saul dan menjadi raja Israel. TUHAN, Allah Israel memberkatinya dengan kuasa, kekayaan dan harta-benda. Daud juga mengambil ramai isteri-isteri. Tetapi Daud telah berdosa dan mengambil Batsyeba, isteri seorang askarnya pula. Pada masa itu orang Israel sedang menentang musuh dan Daud menghantar suami perempuan itu ke tempat di mana pertempuran paling sengit. Suami Batsyeba telah mati dalam pertempuran dan selepas waktu perkabungan, Daud telah mengambil jandanya Batsyeba sebagai isterinya sendiri. Perbuatan itu tidak menyenangkan TUHAN dan Dia mengutus Nabi Natan untuk memarahi Daud. Apabila Daud menyedari kesalahannya, dia menyesal dan dengan segera meminta maaf daripada TUHAN.

Pengajaran

  1. Semua orang melakukan kesalahan. Tanya adik-adik apakah kesalahnan yang mereka telah lakukan pada minggu ini.
  2. Kita perlu meminta maaf daripada TUHAN untuk kesalahan kita. Kita juga boleh meminta maaf daripada orang yang telah kita berdosa.
  3. Kita meminta maaf kerana kita menyesal atas kesalahan kita. Kita meminta maaf bukan kerana kita hendak mengelakkan diri kita daripada dimarahi.
  4. Berdoa kepada TUHAN untuk menguatkan kita dan memberi kita kebijaksanaan supaya kita tidak mengulangi kesalahan yang sama.

 

Aktiviti

Rujuk kepada gambarajah yang berikut. Lipat sehelai kertas putih kepada dua bahagian dan potong keluar betuk dua orang kanak-kanak yang sedang berpeluk. Bantu adik-adik melukis sebuah salib atas sekeping kertas berwarna dan tampal bentuk dua orang kanak-kanak yang berpeluk itu di hadapan salib. Ingatkan adik-adik Tuhan Yesus akan mengampunkan segala kesalahan kita jika kita meminta maaf. Dengan cara yang sama, kita perlu mengampunkan orang-orang yang melakukan kesalahan terhadap kita. Bantu adik-adik melukis muka pada gambar mereka dan warnakannya.

plm30